Hati manusia sukar dimengerti
hanya pemilik hati yang mengetahui keadaannya
kadang-kadang kelihatan ceria,
kadang kelihatan sedih,
kadang-kadang suram
dan kadang-kadang marah,
itu biasa kerana kita hanya manusia biasa yang mempunyai pelbagai rasa hati.
Cekalkan hatimu kerana apa yang berlaku pasti sudah ditakdirkan untukmu,
berbahagialah wahai hati
dan mintalah hati yang bersih dan sejahtera dari Pemilik yang kekal abadi
supaya kembalimu membawa hati yang suci untuk PEMILIK ASAL HATIMU.....
Senyuman untuk hari kemudian itu lebih baik berbanding senyuman pada hari ini
jika kamu mengetahuinya.... :)
No comments:
Post a Comment