Showing posts with label Islam itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam itu Indah. Show all posts

Friday, July 30, 2010

Imam Muda


Alhamdulillah...selesai sudah majlis kemuncak pertabalan Juara Imam Muda 2010...dan seperti yg semua tahu Juara IM pd tahun ini ialah Imam Muda Asyraf....dan naib juara ialah Imam Muda Hizbur....alhamdullilah...dua2 imam tersebut mmg layak bergelar juara sebenarnya...bgitu jg dgn imam2 muda yg lain...masing2 telah berjaya membawa pembaharuan dan sedikit sebanyak membantu memartabatkan keindahan dan kemurnian agama Islam..insyaallah...

"Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam."

Secara jujurnya aku bukan la seorang yg terlalu tinggi ilmu agamanya...cukup2 makan jer kot dan masih lg tgh berusaha menambahkan iman dan ilmu di dada....tp ape yg penting aku amat menyokong program imam muda ini...kerana melihatkan keadaan remaja sekarang...Masyaallah...saban hari ada je kes2 yg tidak sedap didengar...sampai aku nak tgk berita pun xsanggup...mmg ptt la aku berharap kpd imam2 muda ini utk memperbetulkan keadaan yg berlaku di Malaysia skrang ini...insyaallah...

Semoga imam2 muda ini akan terus berusaha dan berjaya di masa depan demi menegakkan kebenaran..keindahan...kesucian dan kemurnian agama Islam yg aku cintai....dan semoga Allah melindungi mereka dalam menjalankan proses dakwah....

Lindungi lah kami Ya Allah...lindungi lah hamba2 Mu Ya Allah....bantulah kami menegakkan Agama Islam Ya Allah...aminnnn....


Monday, July 26, 2010

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN~~

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut.
Insyaallah...